PERMOHONAN SKIM PERUMAHAN NEGARA (SPN)
Bagaimana untuk mengetahui Status Permohonan SPN?
Untuk mengetahui status permohonan SPN, bolehlah menghubungi:
Bahagian Pengurusan Permohonan,
Tingkat 1, Jabatan Kemajuan Perumahan
Kementerian Pembangunan
Negara Brunei Darussalam
Telefon: 8383806 / 8383807
Bilakah diperuntukkan rumah?
Peruntukan rumah adalah mengikut giliran tahun permohonan.
Bagi pemohon yang akan berpencen tetapi masih menunggu giliran dalam tempoh yang lama. Adakah permohonan berikut akan dipercepatkan?
Giliran masih mengikut tahun permohonan. Berhubung dengan permohonan dipercepatkan setakat ini belum boleh dipertimbangkan ini memandangkan masih ramai lagi giliran permohonan yang masih menunggu untuk diperuntukan rumah atau lot tanah.
Adakah tempat tinggal sementara disediakan?
Pihak Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP) hanya dapat mempertimbangkan bagi pemohon yang sudah diberi kebenaran untuk mengikuti Skim Perumahan Negara (masih menunggu giliran) untuk memohon rumah teres di bawah kawalan JKP akan tetapi ianya juga tertakluk pada kekosongan rumah teres berkenaan.
