PERMOHONAN SKIM PERUMAHAN NEGARA (SPN)

Syarat Permohonan Skim Perumahan Negara (SPN)

  • Pemohon mestilah Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam;
  • Pemohon hendaklah berumur 18 tahun keatas;
  • Pemohon atau isteri/suami tidak mempunyai tanah bergeran;
  • Pemohon hendaklah berpendapatan diantara $445.00 hingga $3,030.00 sebulan (tertakluk kepada perubahan semasa)
​BORANG SKIM PERUMAHAN NEGARA (SPN) BORANG SPN-01
SENARAI SEMAK BORANG SKIM PERUMAHAN NEGARA (SPN) SENARAI SEMAK BORANG PERMOHONAN SPN

Dokumen-Dokumen Sokongan Yang Perlu Dihadapkan Semasa Menghadapkan Permohonan:-

1. Pengenalan Diri / Keterangan Peribadi, sila sertakan Satu (01) Salinan:
    a) Kad Pintar Pemohon.
    b) Kad Pintar Suami / Isteri (jika isteri lebih dari seorang, untuk disertakan bersama – jika berkenaan).

    c) Sijil Nikah / Kahwin / Cerai.
    d) Sijil Kematian Suami / Isteri bagi pemohon Balu dan Duda (jika berkenaan).
    e) Surat Beranak (bagi anak yang berumur 12 tahun ke bawah) dan Kad Pengenalan (bagi anak yang berumur 12 tahun ke atas – jika berkenaan)

2. Bagi Pemohon yang berkhidmat dengan Kerajaan, sila sertakan Satu (01) Salinan:
     a) Surat Tawaran lantikan bekerja atau
     b) Salinan Surat Pengesahan Perkhidmatan Lanjutan [bagi pegawai beruniform: Angkatan Bersenjata Diraja Brunei sahaja].
     b) Slip Gaji terkini.
     c) Slip Pencen terkini (bagi pegawai dan kakitangan Kerajaan yang sudah bersara dan menerima pencen bulanan – jika berkenaan).

3. Bagi Pemohon yang berkhidmat dengan Badan Berkanun atau Syarikat Swasta, sila sertakan Satu (01) Salinan:
     a) Surat Pengesahan Pekerjaan daripada Majikan yang ditujukan kepada Pengarah Kemajuan Perumahan.
     b) Slip Gaji terkini yang ada menyatakan potongan TAP / SPK (12 bulan kebelakangan).
     c) Surat Pengesahan daripada Kedutaan Negara Brunei Darussalam di Negara tempat bekerja (jika berkenaan).
     d) Slip Komisyen terkini bagi (12 bulan kebelakangan – jika berkenaan).
     e) Slip Pencen terkini (bagi Pegawai dan Kakitangan Kerajaan yang sudah bersara dan menerima pencen bulanan – jika berkenaan).
     f) Cetakan Perkiraan Pendapatan bagi Pemohon Yang Berkhidmat Dengan Syarikat Swasta (cetakan berwarna / printed colour).

4. Bagi Pemohon yang bekerja sendiri / berniaga, sila sertakan Satu (01) Salinan:
     i) Penyata Akaun Bank Perniagaan Yang Terkini (12 bulan kebelakangan):

        a) Perlu ada menunjukkan pengeluaran bayaran seperti gaji pokok, Director’s fee, komisyen dan yang sebanding dengannya yang dipindahkan (transfer)
            dari akaun bank perniagaan ke akaun bank peribadi.
        b) Sila tandakan (highlight) pengeluaran bayaran seperti gaji pokok, Director’s fee, komisyen dan yang sebanding dengannya yang dipindahkan dari akaun
            bank perniagaan ke akaun bank peribadi.

    ii) Penyata Akaun Bank Peribadi Yang Terkini (12 bulan kebelakangan):

         a) Perlu ada menunjukkan kemasukan pendapatan yang diterima hasil daripada perniagaan yang sedang dijalankan seperti gaji pokok, Director’s fee,
             komisyen dan yang sebanding dengannya yang diterima dari akaun bank perniagaan ke akaun bank peribadi.
         b) Sila tandakan (highlight) kemasukan pendapatan yang diterima seperti gaji pokok, Director’s fee, komisyen dan yang sebanding dengannya yang
             diterima dari akaun bank perniagaan ke akaun bank peribadi.

    iii) Sijil Pendaftaran, Akta Nama-Nama Perniagaan (Bab 16) / Business Names Act (Section 16).

    iv) Sijil Pendaftaran (Seksyen 17) / Certificate of Registration (Section 17)atau Registry of Business Names Brunei Darussalam Brunei Name Extract.

    v) Cetakan Perkiraan Pendapatan Bagi Pemohon Yang Bekerja Sendiri / Berniaga (cetakan berwarna / printed colour).