JABATAN KEMAJUAN PERUMAHAN SEMARAKKAN BULAN RAMADHAN DENGAN MENGADAKAN TADARUS AL-QURAN
Sabtu, 03 Ramadhan 1447H bersamaan 21 Februari 2026M
Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam kerana di dalamnya terdapat keberkahan dimana setiap amal ibadah yang dilakukan semasa bulan mulia ini akan diberikan ganjaran pahala yang berlipat ganda oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Salah satu daripada ibadah yang paling dianjurkan untuk diamalkan di bulan yang penuh kemuliaan dan keampunan ini ialah bertadarus Al-Quran. Di samping banyak fadhilat, bertadarus Al-Quran juga dapat mengeratkan hubungan tali silaturrahim terutama sekali apabila ianya dilakukan secara berkumpulan.
Oleh itu, para pegawai dan kakitangan Jabatan Kemajuan Perumahan juga tidak ketinggalan dalam sama-sama meraih peluang di bulan mulia dan suci ini dengan mengadakan bertadarus Al-Quran pada setiap pagi di Pejabat Jabatan Kemajuan Perumahan yang dihadiri sama oleh pentasmik-pentasmik daripada Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolikiah.
