Majlis Dikir Maulud di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis, Madang
Selasa, 05 Rabiulawal 1448H bersamaan 18 Ogos 2026M
Rombongan Kementerian Pembangunan telah menghadiri Majlis Dikir Maulud Nabi Muhammad Shallalahu ‘Alaihi Wassalam (S.A.W.) bagi tahun 1448 Hijrah bersamaan 2026 Masihi, bertempat di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis, Madang semalam.
Majlis seumpamanya juga akan diadakan di masjid-masjid yang terpilih seluruh negara bagi memakmurkan dan mengimarahkan masjid di samping memperbanyakkan dikir dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
