JABATAN KEMAJUAN PERUMAHAN ADAKAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Rabu, 28 Ramadhan 1447H bersamaan 18 Mac 2026M

Bulan Ramadhan semakin menghampiri penghujungnya namun majlis serta aktiviti keagamaan masih terus giat dijalankan bagi meraih pahala dan keberkatan serta ganjaran dari Allah S.W.T seperti mengadakan majlis Khatam Al-Quran. Khatam Al-Quran begitu sinonim dengan bulan Ramadhan dimana ianya menandakan berakhirnya bacaan Al-Quran sebanyak 30 Juzuk.

Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan juga turut mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena bulan Ramadhan bagi tahun 1447H Hijrah bersamaan 2026 Masihi yang diselajurkan dengan penyampaian sumbangan derma kepada anak-anak yatim dan berkeperluan khas bagi warga Jabatan ini.

Hadir pada majlis yang berlangsung di Dewan Muwafaqah, Ibu Pejabat Jabatan Kemajuan Perumahan, Pemangku Timbalan Pengarah Kemajuan Perumahan, Awang Haji Mohd. Sufri bin Haji Abd Hamid. Juga hadir untuk memeriahkan majlis pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta kakitangan Jabatan Kemajuan Perumahan.

Majlis dimulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang disusuli dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan diikuti dengan bacaan Takhtim serta Doa Khatam, Doa Tahlil dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada peserta-peserta khatam dan diselajurkan dengan penyampaian derma yang disempurnakan oleh Pemangku Timbalan Pengarah Kemajuan Perumahan kepada seramai dua puluh dua orang anak yatim dan anak berkeperluan khas sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma.

Majlis Khatam Al-Quran adalah merupakan salah satu aktiviti keagamaan tahunan Jabatan Kemajuan Perumahan yang antara lain tujuannya ialah untuk memupuk serta membudayakan amalan membaca Al-Quran dalam kehidupan seharian di kalangan warga Jabatan.

Majlis Khatam Al-Quran adalah merupakan salah satu aktiviti keagamaan tahunan Jabatan Kemajuan Perumahan yang antara lain tujuannya ialah untuk memupuk serta membudayakan amalan membaca Al-Quran dalam kehidupan seharian di kalangan warga Jabatan.