MAJLIS MUNAJAT DISELAJURKAN DENGAN BACAAN SURAH YAA SIIN DAN TAHLIL

Khamis, 15 Safar 1448H bersamaan 30 Julai 2026M

Jabatan Kemajuan Perumahan, dengan kerjasama Divisyen Guna Tanah, Perumahan dan Alam Sekitar, Kementerian Pembangunan, telah menyelenggarakan Majlis Munajat yang diselajurkan dengan bacaan Surah Yaa Siin dan Tahlil bagi warga Kementerian Pembangunan serta jabatan-jabatan di bawahnya. Majlis tersebut telah diadakan di Surau Kementerian Pembangunan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan. Turut hadir ialah Yang Mulia Timbalan Menteri Pembangunan, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Divisyen dan Unit, pegawai-pegawai kanan serta pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Tetamu Kehormat. Acara kemudian diteruskan dengan bacaan Surah Yaa Siin, Tahlil, Doa Tahlil dan Doa Munajat sebagai pengisian rohani bagi memohon keberkatan, kesejahteraan serta rahmat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam serta Selawat Tafrijiyyah, sebagai doa agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, negara serta seluruh rakyat dan penduduknya sentiasa dikurniakan perlindungan, keamanan, kesejahteraan dan keberkatan yang berterusan.